Data Tumbuhan

Sambung Nyawa Hijau (Gynura procumbens)


Sambung Nyawa
(Gynura procumbens)
COMPOSITAE
  • Juga dikenali sebagai akar sebiak, sambung hayat, kelemai merah, kacam akar.
  • Digunakan secara meluas dalam perubatan di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
  • Berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis (diabetes), kanser dan masalah buah pinggang.
  • Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.
  • Dimakan sebagai ulam sehelai setiap hari dikatakan dapat mengurangkan risiko terkena sakit jantung.
  • Pengambilan berlebihan daun segar atau jus segar herba ini boleh mengakibatkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah.
  • Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah.
  • Terdapat dua jenis iaitu sambung nyawa hijau dan ungu.
  • Sambung nyawa jenis ungu sukar didapati.
  • Batang sambung nyawa hijau yang tua mempunyai bintik-bintik keunguan manakala sambung nyawa ungu mempunyai daun yang hijau keunguan dengan batang berwarna gelap.
  • Mudah membiak melalui keratan batang.
  • Herba menjalar yang tumbuh dengan baik di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana tanpa air bertakung.
  • Boleh tumbuh setinggi 4m jika dapat bersandar atau memanjat pokok lain.
  • Mempunyai bunga tetapi jarang berlaku di Malaysia.

Rujukan Herba:

  • IPTEK
  • Wikipedia (Melayu)
  • Terapi Alami: Tumbuhan Hiasan, Utusan Publication and Distributors (Ong Hean Chooi)

2 comments:

Nazra~ said...

yes pokok ni mmg byk kelebihan nya. tengok lah nama dia, dhsyat ^_^

Nurul said...

nazra-> hehe.. nyawa ble sambung ke? masa jual kat mini karnival agro dl.. ramai gelakkan pokok nie..