Data Tumbuhan

Naga Buana (Phyllanthus pulcher)

Naga Buana
(Phyllanthus pulcher)
EUPHORBIACEAE

  • Mudah hidup dan boleh dijadikan sebahagian landskap menghiasi laman rumah.
  • Tumbuhan semak ini boleh tumbuh setinggi 60cm.
  • Mempunyai bunga halus kira-kira 0.5cm panjang, berwarna merah dan buah yang kecil.
  • Hidup dengan baik di tempat terbuka.
  • Dipercayai dapat mengubati sakit gigi, melecur, panas badan dan sakit perut.
  • Getah yang mengalir dari daun naga buana selepas ia dipetik hanya perlu dititikkan terus pada gigi yang sakit terutama ketika anda sedang menahan sakit berdenyut-denyut akibat gigi berlubang.
  • Bagi mengurangkan kesakitan akibat melecur pula, beberapa helai daun naga buana perlu dikisar atau dihancurkan terlebih dahulu sebelum ditampalkan pada bahagian yang sakit.
Rujukan Herba:

No comments: