Data Tumbuhan

Jarak Merah (Ricinus communis)

Jarak Merah/ Castor Bean
(Ricinus communis)
EUPHORBIACEAE

  • Juga dikenali sebagai Castor Bean, Jarak Merah, Jarak Minyak .
  • Mempunyai daun berwarna hijau kemerahan dan hijau bergantung kepada variasi.
  • Buahnya digunakan dalam industri komestik dan perubatan.
  • Minyak jarak digunakan untuk mengatasi masalah sembelit ( dilarang minum bagi wanita mengandung dan sedang haid).
  • Minyaknya juga boleh digunakan untuk mengubati luka.
  • Seluruh bahagian pokok adalah beracun kepada haiwan dan manusia, terutama tempurung bijinya kerana kandungan bahan kimia yang dinamakan ricin.
  • Gejala keracunan dari jarak minyak ialah sakit perut yang kuat, cirit birit dan muntah yang akan dirasai selepas beberapa jam termakan bahagian jarak minyak.
  • Dikatakan hanya satu miligram ricin cukup untuk membawa maut kepada orang dewasa.
  • Hanya sebiji buah jarak minyak mampu untuk membunuh seorang kanak-kanak.
  • Elakkan menanamnya dikawasan halaman rumah.
Rujukan Herba:

No comments: