Data Tumbuhan

Markisa (Passion Fruit)


Markisa Kuning/ Passion Fruit
(Passiflora edulis f . flavicarpa)
PASSIFLORACEAE
  • Tumbuhan yang hidup liar menjalar dan melilit tumbuhan lain.
  • Mempunyai sulur paut pada pangkal daunnya.
  • Buahnya dikategorikan sebagai jenis beri berasa masam manis.
  • Bunganya mempunyai aroma yang unik dan mempunyai nilai perubatan serta sejarah tersendiri.
  • Hanya 30 spesies daripada 400 genus Passiflora yang menghasilkan buah dan boleh dimakan manakala selebihnya digunakan sebagai tanaman hiasan.
  • Terdapat 2 varieti yang dikomersialkan iaitu markisa berkulit kuning ( Passiflora edulis f. flavicarpa) dan kulit ungu (Passiflora edulis sim) .
  • Buah markisa ungu sesuai dimasak sebagai sayuran dan dimakan mentah, manakala buah markisa kuning sesuai dibuat jus kordial.
  • Varieti markisa kuning mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding markisa ungu di Malaysia.
  • Pulpa buah markisa boleh dijadikan jem, agar-agar perasa atau campuran kepada yoghurt dan aiskrim.
  • Jusnya merupakan sumber pro-vitamin A, niasin, riboflavin, dan vitamin C.
  • Kulit buah markisa yang mempunyai perikarp tebal dijadikan makanan ternakan.

No comments: