Data Tumbuhan

Kunyit Hitam (Black Tumeric)

Kunyit Hitam/ Black Tumeric
(Curcuma caesia)
ZINGIBERACEAE

  • Turut dikenali sebagai Kali haldi.
  • Rizom berwarna biru kehitaman dan semakin gelap apabila semakin tua, mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan.
  • Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan berwarna merah hati ditengah-tengah dan batangnya berwarna gelap di pangkal.
  • Mempunyai persamaan yang hampir dengan temu hitam (Curcuma aeruginosa) namun dapat dibezakan melalui warna rizomnya yang lebih gelap dan bau rizomnya.
  • Warna rizom kunyit hitam : 
  • Popular kerana nilai perubatannya yang unik.
  • Dipercayai dapat memanjangkan umur dan mempunyai nilai mistik.
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat kecacingan, menambah selera makan, kecergasan selepas haid dan nifas, sakit perut, asma, penyakit sendi, tumor, kusta serta penyakit kulit yang lain dan sebagainya.
  • Sukar untuk didapati dan diancam kepupusan.
Rujukan Herba:

No comments: