Data Tumbuhan

Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Hempedu bumi
(Andrographis paniculata)
ACANTHACEAE

  • Juga dikenali dengan nama King of Bitter, Akar Cerita, Sambiloto,dan Maha Tita.
  • Herba semusim yang tumbuh tegak.
  • Ketinggian maksimum boleh mencapai 60-70 cm.
  • Hidup dengan baik di tanah gembur.
  • Membiak dengan menggunakan biji benih serta keratan batang.
  • Dijadikan ubat untuk kencing manis (diabetes) dan darah tinggi (hipertensi).
  • Daun herba ini yang ditumbuk lumat dan disapu pada kulit untuk merawat luka dan gigitan serangga.

Petua:
  • Bagi merawat darah tinggi, sehelai daun yang telah dibersihkan, diletakkan di dalam gelas dan tuangkan air panas. Tutup dan biarkan selama 2 minit. Minum perlahan-lahan kerana rasanya yang terlalu pahit terutama bagi yang baru pertama kali mencuba. Amalkan sehari sekali. Jika sudah sembuh, tidak perlu lagi. Memadai mengamalkannya seminggu sekali.
  • Untuk lebih mudah, dapatkan kapsul atau daun hempedu bumi yang telah dikeringkan dari kami. Dijamin 100% hempedu bumi tanpa campuran bahan lain.

Rujukan Herba:

No comments: