Data Tumbuhan

Akar Wangi / Vetiver Grass (Vetiveria zizaniodes)

Akar Wangi
(Vetiveria zizaniodes)
POACEAE

  • Juga dikenali sebagai Vetiver Grass atau Andropogon zizanoides.
  • Mempunyai akar kekuningan yang berbau wangi.
  • Ditanam di lereng-lereng bukit secara komersial di Indonesia.
  • Ketinggiannya boleh mencecah 1 meter.
  • Daun tunggal berbentuk pita.
  • Menghasilkan bunga seperti keluarga rumput yang lain.
  • Bahagian akar digunakan bagi menghasilkan minyak pati /minyak atsiri akar wangi dan direbus secara tradisional sebagai mandian untuk mewangikan badan.
  • Selain itu, akarnya juga dikeringkan dan disimpan sebagai pewangi almari atau barang-barang penting seperti batik dan keris.
  • Daunnya turut dikeringkan dan dianyam menjadi tikar.

Rujukan Herba:

No comments: