Data Tumbuhan

Tentang Kami

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mencipta segalanya di langit dan di bumi. Terlebih dahulu kami memohon maaf di atas segala kekurangan kami mengendalikan blog ini. Sebarang teguran dan pendapat sangat dialu-alukan bagi manfaat bersama pengunjung blog ini. :)

Seri Subuh Agrofarm merupakan sebuah perniagaan pertanian keluarga yang beroperasi secara online mulai Mei 2008 dengan menerima tempahan anak pokok herba dan cili padi serta produk kosmetik berasaskan herba. Mulai Februari 2009 sehingga kini, tempahan dan tawaran produk kami boleh dilihat di laman web http://serisubuh.com. Selain herba, tanaman sawit dan getah turut diusahakan bersama aktiviti sampingan penternakan kambing biri-biri dan ikan air tawar secara kecil-kecilan di tanah warisan.

Nama 'Seri Subuh' telah diambil bersempena dari nama arwah moyang kami iaitu Hajjah Seri binti Mahat dan suaminya Haji Suboh bin Pais yang telah mengusahakan tanah ini dengan bantuan anak menantu mereka, arwah Haji Aziz bin Suboh dan Hajjah Teh binti Nong, Al-Fatihah untuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Hasil usaha mereka yang terdahulu, anak cucu kini dapat merasa.

"The greatest legacy is that which benefits the widest number of people for the longest period without limit to value. - Warisan terhebat adalah sesuatu yang bermanfaat bagi seluruh umat manusia dan berlangsung selamanya."
(Steven Cat, artis/penyanyi asal AS)